REFLEKSI Minggu 9
SELASA, 3 NOVEMBER 2015
Minggu pertama pada bulan November, kelas Komputer Dalam Pendidikan SE2 kami dimulakan dengan sesi perbentangan slaid persembahan kumpulan seperti yang dilakukan pada minggu lepas. Pada kali ini, pembentang iaitu Najihah, Anis dan Munirah telah mempersembah dan mengupas tentang topik yang telah diberikan oleh Cik Mazalah iaitu Pengetahuan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Persembahan yang berdurasikan 20 minit berjaya disampaikan dengan berkesan oleh para pembentang, dari segi cara penyampaian mereka yang jelas, slaid persembahan mereka yang menepati ciri-ciri CASPER yang diterapkan oleh pensyarah sebagai satu konsep untuk menghasilkan slaid persembahan Powerpoint yang menarik perhatian serta mampu memberikan penyampaian yang jelas dan padat menggunakan pelbagai media yang disediakan. Setelah proses pembentangan kumpulan selesai, setiap daripada kumpulan untuk tugasan mingguan diberikan penjelasan lanjut tentang instrumen kajian (borang soal selidik) yang telah dihasilkan. Kami sekali lagi diingatkan supaya memaparkan pautan borang soal selidik tersebut di laman forum, laman web Weebly Komputer Dalam Pendidikan dibawah paparan Dr. Fariza supaya memudahkan setiap daripada kumpulan untuk menjawab soal selidik tersebut melalui satu paparan sahaja. Selain itu, kami telah diterangkan oleh Cik Mazalah bahawa hasil dapatan respon oleh setiap responden telah disimpan secara automatik dibawah satu folder bersama borang soal selidik tersebut dalam bentuk Google Spreadsheet. Sebelum kami menggunaan Google Spreadsheet untuk meneruskan proses lanjutan daripada respon dalam borang soal selidik setiap responden, kami telah diajar tentang asas kepada Spreadsheet iaitu menggunakan Microsoft Excel, dimana cara penggunaan dan fitur adalah lebih kurang sama. Salah satu sebab kami tidak terus menggunakan Google Spreadsheet adalah kerana tidak semua komputer mempunyai talian internet yang baik dan proses pembelajaran akan sedikit sebanyak mengganggu. Kami perlu memasukkan data terlebih dahulu untuk menggunakan pelbagai fungsi dan formula yang tersedia pada bahagian atas sheet. Sebagai pembelajaran dan contoh, kami menggunakan data markah peperiksaan pelajar untuk mengira :
• markah tertinggi
• markah terendah
• markah purata
• sisihan piawai
• titik tengah
• mod data
yang telah direkodkan dengan menggunakan pelbagai fungsi yang tersedia. Setiap data yang ingin dicari menggunakan proses yang berbeza. Dalam mencari markah tertinggi, fungsi ‘MAX’ digunakan. Untuk mencari markah tertinggi bagi keseluruhan pelajar, kami diajar dengan hanya mengkhususkan data yang ingin dicari. Begitu juga dengan mencari markah terendah, fungsi ‘MIN’ digunakan. Bagi mencari markah purata bagi setiap matapelajaran, kami dikehendaki menggunakan fungsi ‘AVERAGE’ dan fungsi ‘STDEV’ bagi mencari sisihan piawai pula. Begitu juga bagi mencari titik tengah data, kami menggunakan fungsi ‘MEDIAN’ manakala bagi mod data pula menggunakan fungsi ‘MODE’. Kami juga diajar bagaimana memberikan gred kepada markah bagi setiap matapelajaran dengan cara ‘menyuruh’ komputer mengikut gred yang telah kita tetapkan, dengan cara membuat jadual sebagai arahan dan menggredkan markah menggunakan arahan yang telah kita tetapkan. Dengan cara ini, tidak perlu lagi kita membuat sesuatu kerja secara manual dan hanya memerlukan masa yang singkat. Selain itu, kesalahan data mampu diminimumkan kerana kerja-kerja komputer adalah tepat. Seterusnya, kami diajar untuk membina rajah daripada data yang telah dikira tadi. Hanya dengan menggunakan butang ‘insert chart’, variasi jenis dan warna rajah disediakan. Sebelum menyimpan data ke dalam simpanan komputer, kami membuat sedikit penyuntingan untuk memperbetulkan kesalahan dan menyempurnakan lagi jadual dan rajah yang telah dibina. Kami diberitahu oleh pensyarah bahawa penggunaan Google Sheet adalah hampir sama dengan fitur Microsoft Excel, jadi tiada sebarang komplikasi dalam penghasilan jadual dan rajah seperti yang diajar Cik Mazalah.

REFLEKSI Minggu 8
SELASA, 29 OKTOBER 2015
Berlainan daripada minggu-minggu yang lepas, permulaan kelas pada minggu ini dimulakan dengan pembentangan yang telah ditugaskan secara berkumpulan dan dibentangkan secara berperingkat. Perbentangan pertama telah dibentangkan oleh kumpulan 4 berkaitan Kemahiran Abad Ke-21secara persembahan slaid Powerpoint Presentation. Cik Mazalah mempertanggungjawabkan kepada kami, kumpulan 2 untuk menjadi penilai kepada pembentangan mereka dengan memberikan markah berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan seperti dalam borang penilaian yang disediakan oleh Cik Mazalah. Pembentangan telah disampaikan secara jelas dan menarik serta padat oleh kesemua ahli kumpulan, menunjukkan mereka telah memberikan sepenuh komitmen terhadap penghasilan pembentangan tersebut. Para pembentang juga telah menyediakan beberapa soalan ringkas tentang tajuk pembentangan mereka untuk menilai tahap pemahaman kami tentang penjelasan yang telah diberikan. Setelah tugasan perbentangan kumpulan telah selesai, kami diarahkan oleh pensyarah untuk meneruskan proses penghasilan tugasan 4 iaitu berkaitan tajuk Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software). Pada minggu ini, kami meneruskan tugasan dengan penghasilan borang soal selidik tentang Perisian Sumber Terbuka dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan persoalan kajian yang telah kami rangka dalam cadangan kajian pada minggu lepas (minggu ke-7). Kerangka borang soal selidik yang kami akan hasilkan mestilah mempunyai demografi responden, iaitu latar belakang ringkas tentang responden dan seterusnya haruslah mempunyai soalan tentang topik utama kami, kumpulan 2 iaitu tentang Perisian Sumber Terbuka. Soalan yang kami bina adalah berdasarkan persoalan kajian dan jawapan kepada setiap soalan yang dibina boleh diberi dalam pelbagai cara. Soalan juga boleh dihasilkan dan jawapan boleh diberikan dalam bentuk pilihan jawapan atau pendapat. Dalam borang soal selidik hasilan kami, kami menggunakan multiple choice, checkerbox dan juga scale (cara menjawab soalan soal selidik Google Form) dalam membantu responden memberikan jawapan. Seterusnya, kami juga belajar cara menyunting susunan soalan serta menjadikan fitur borang soal selidik kami lebih menarik, melalui butang tema (pelbagai header dan latar belakang yang menarik dan font yang berbeza). Setelah borang soal selidik telah siap, penggubah borang tersebut boleh melihat fitur borang mereka melalui butang ‘view live form’ dan penggubah boleh melihat cela yang perlu diperbaiki. Borang soal selidik yang telah siap mestilah disimpan (save) dan terdapat pautan borang disediakan dalam bentuk asal dan juga bentuk ringkas. Borang yang telah disimpan juga boleh disunting (pautan borang akan berubah daripada yang asal). Sekiranya borang soal selidik telah dihasilkan dengan sempurna dan sudah siap disunting, kami dikehendaki memaparkan pautan borang soal selidik secara atas talian tersebut di laman forum, laman sesawang Weebly Komputer Dalam Pendidikan untuk dijawab oleh rakan-rakan kursus. Hasil jawapan daripada responden akan dipaparkan secara automatik dalam Google Drive melalui Google Spreadsheet. Dengan cara itu, mudah kepada penggubah soalan untuk membuat pemerhatian terhadap hasil soal selidik yang telah disebarkan. Pada penghujung kelas, kami meminta pandangan Cik Mazalah tentang borang yang kami hasilkan secara kasar (masih belum disunting) tentang penggunaan soalan yang bersesuaian dan juga pilihan jawapan yang sesuai kepada soalan yang disertakan.

REFLEKSI Minggu 7
SELASA, 20 OKTOBER 2015
Minggu ke-7, Cik Mazalah mengarahkan saya dan rakan-rakan sekelas untuk menyempurnkan slaid persembahan powerpoint dari segi konten dan cara persembahan slaid mengikut Prinsip CASPER, yang telah diterapkan kepada kami dalam proses menghasilkan slaid persembahan yang menarik dan berkesan. Seterusnya, kami juga harus menambah sumber rujukan. Menurut pensyarah, rujukan tersebut hendaklah dipaparkan mengikut gaya UKM seperti yang telah diberi pencerahan melalui laman web Weebly Komputer Dalam Pendidikan. Seterusnya, kami juga telah didedahkan dengan prakarsa baru, berkaitan dengan Pendidikan. Pendidikan merupakan suatu perkara atau pengetahuan baharu yang perolehi. Melalui pendidikan, kita dapat menambah ilmu pengetahuan dan juga menganalisis maklumat serta mampu menyelesaikan masalah dengan berkesan. Tambahan lagi, kami telah diberi pendedahan tentang sorotan literatur. Sorotan literatur boleh didefinisikan sebagai sesuatu bahan kajian yang telah dilaksanakan oleh individu lain yang berkaitan dengan tajuk kajian yang kita peroleh. Seseorang dapat memanfaatkan sorotan tersebut sebagai salah satu bahan rujukan kepada kajian yang dilakukan. Berbalik kepada tujuan penting kelas pada minggu ini, saya bersama ahli kumpulan saya diberi tugasan yang bertajuk Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) dan kami telah diamanahkan untuk membuat kajian tentang topik tersebut dalam kalangan kumpulan masyarakat yang kami pilih sebagai sampel dalam mendapatkan data kasar melalui temubual atau soal selidik. Sebelum itu, kami diminta untuk mengakses artikel dan membuat pengolahan serta pemerhatian tentang artikel tersebut. Kesemua kumpulan juga diberi penerangan tentang kajian yang perlu dilakukan. Kajian tersebut perlulah mengandungi penyataan masalah iaitu sesuatu perkara yang menjadi permasalahan dalam topik yang ingin dibincangkan dalam kajian, seterusnya menyediakan alternatif untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Di samping itu juga, kita juga perlu menyatakan tujuan kajian dijalankan, objektif kajian, beberapa persoalan yang timbul serta kaedah mengumpul maklumat kajian. Kaedah pengumpulan maklumat adalah dua cara yang berbeza iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kualitatif adalah melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Temu bual adalah apabila kita menemubual seseorang (minimun 5 orang) berkaitan dengan kajian yang dijalankan dan hasil temu bual yang mempunyai pendapat yang sama, ia akan diambil sebagai data untuk disatukan dalam kajian. Kaedah pemerhatian pula adalah dengan cara membuat pemerhatian terhadap gelagat serta tingkah laku masyarakat sekeliling. Manakala kuantitatif pula adalah kaedah soal selidik, di mana ia memerlukan kita untuk menghasilkan soalan (sekurang-kurangnya 10 soalan) dan mengedarkan kepada sesebuah populasi dan pensampelan yang kita kehendaki. Populasi dan pensampelan adalah kawasan serta orang-orang yang kita jadikan sebagai bahan kajian sebagai contoh kajian yang saya lakukan pada kali ini adalah berkaitan dengan pelajar IPT dan populasinya bagi pelajar Fakulti Pendidikan tahun satu di UKM. Seterusnya, kaedah menganalisis data pula adalah melalui kaedah pengumpulan maklumat tersebut. Jika melalui temu bual, kaedah tersebut adalah dalam bentuk rakaman seterusnya jawapan serta solan diambil melalui rakaman tersebut. Kami juga turut diajar cara untuk menghasilkan kertas kajian. Setelah itu, kami terus membuat perbincangan tentang kajian yang dilakukan serta telah menyatakan penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian serta beberapa persoalan kajian.

REFLEKSI Minggu 6
SELASA, 13 OKTOBER 2015
Sebelum kelas pembelajaran bermula, Cik Mazalah membuat satu pemberitahuan bahawa URL laman web Weebly setiap ahli kelas perlu didaftarkan di laman web iFolio Komputer Dalam Pendidikan, dibawah pengumuman Puan Fariza Khalid. Setelah kesemua ahli kelas telah menghantar URL laman web Weebly masing-masing, kami meneruskan tugasan ketiga (minggu ke-6) iaitu penghasilan slaid persembahan mengenai tajuk Perisian Sumber Terbuka (Open Sorce Software). Walaupun begitu, pada minggu ini kami diminta untuk mencari maklumat tentang CASPER di enjin carian. Secara ringkas dan juga pada pemahaman saya, CASPER adalah satu kaedah atau tips untuk menjadikan sesuatu slaid persembahan menarik dan lebih menonjol supaya sesuatu topik yang hendak dibincangkan berjaya disampaikan kepada audien. Justeru , aktiviti pada minggu ke-6 adalah berkait rapat dengan aktiviti pada minggu ke-5. Setelah kami mengumpulkan beberapa maklumat dan informasi tentang CASPER melalui blog, jurnal, artikel atau Wikipedia bebas (maklumat disimpan di Google Drive), kami perbincangkan topik CASPER sesama ahli kelas tentang definisi CASPER, pendapat mengenai CASPER, kaedah menggunakan CASPER dalam penghasilan slaid persembahan serta perbezaan dalam bentuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jika sesuatu slaid persembahan mengaplikasikan kaedah CASPER atau tidak. Setelah penerangan CASPER telah diutarakan kepada keseluruhan kelas, kami meneruskan pengumpulan bahan-bahan mengenai topik kami melalui pelbagai jenis enjin carian iaitu Google Web, Google Scholar, Google News dan Yahoo serta di laman web Perpustakaan UKM secara atas talian. Sambil mengumpul dan menyimpan pelbagai maklumat berkaitan topik, saya mencuba menggunakan Google Slide dan mempelajari setiap butang dan alatan yang diperlukan dalam menghasilkan slaid persembahan. Saya mencuba membuat sedikit kerangka slaid menggunakan Google Slide. Pada pendapat saya, fitur Googe Slide adalah lebih menarik berbanding Microsoft PowerPoint Presentation walaupun kedua-dua aplikasi tersebut mengandungi kemudahan dan alatan menyunting yang agak sama fungsinya. Setelah memahami sedikit konsep dan cara penggunaannya, Cik Mazalah memberitahu kepada seluruh kelas tentang jadual hasil pembentangan topik kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil slaid persembahan pada setiap minggu yang berlainan, bermula daripada minggu ke-7 (minggu hadapan). Setelah itu, kami dikehendaki mengemaskini segala forum di laman sesawang Komputer Dalam Pendidikan yang memerlukan penglibatan kesemua ahli kelas. Kami disarankan untuk menglibatkan diri dalam kesemua topik forum berkaitan yang diutarakan sama ada oleh pensyarah atau para pelajar sekursus. Selain dapat bertukar-tukar pendapat dan menghasilkan idea yang lebih baik daripada idea rakan-rakan yang lain, pensyarah akan membuat pemantauan terhadap setiap penglibatan dalam forum dan seterusnya pemarkahan akan diberikan berdasarkan penglibatan individu tersebut.

REFLEKSI Minggu 5
SELASA, 6 OKTOBER 2015
Pada permulaan kelas, pensyarah, Cik Mazalah Ahmad terus memberikan penerangan tentang tugasan ketiga untuk kelas kami iaitu tentang :
• Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills)
• Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
• Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT)
• Keselamatan Internet dan Komputer (Internet and Computer Security)
• Perisian asal dan berlesen (Original and Licensing Software)
• Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)
• Web 2.0 dalam Pendidikan (Web 2.0 in Education)
• e-learning and mobile learning
Berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diutarakan oleh Cik Mazalah, tajuk tersebut telah diagihkan kepada setiap kumpulan kecil melalui cabutan undi. Setiap kumpulan telah dipertanggungjawabkan untuk mencari dan mengakses bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk yang telah ditetapkan di laman sesawang secara atas talian. Kami dalam satu kumpulan SE2, kumpulan 2 telah mencari beberapa maklumat dan bahan rujukan daripada pelbagai jenis antaranya melalui blog, dalam bentuk fail PDF, slaid dan juga artikel. Seperti biasa, segala bahan rujukan dan pautan yang telah kami akses akan disimpan ke Google Drive yang telah dikongsi bersama ahli kumpulan dan juga pensyarah kami supaya ahli sesama ahli dapat menyunting bahan tersebut walaupun tidak berada dalam masa dan pada tempat yang sama. Terdapat bahan rujukan yang menggunakan bahasa selain daripada bahasa melayu dan agak sukar untuk ditafsirkan kepada bahasa yang formal untuk kami melaksanakan tugasan kami tentang tajuk yang telah kami peroleh iaitu Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software). Jalan penyelesaiannya, sesetengah bahasa mampu kami tafsir melalui kemudahan Google Translate manakala sesetengah bahasa tidak boleh ditukar menggunakan Google Translate. Maka, kami tafsirkan bahan rujukan tersebut secara manual. Kami telah pecahkan tajuk utama kepada beberapa subtopik. Antaranya definisi, ciri dan kriteria, contoh, tujuan penubuhan, sumber untuk mendapatkannya, siapa yang mampu menggunakannya, kaedah penggunaannya serta kelebihan dan kekurangan Perisian Sumber Terbuka. Laporan kasar yang kami hasilkan akan diubah menjadi slaid persembahan untuk tugasan minggu ke-6.

REFLEKSI Minggu 4
SELASA, 29 SEPTEMBER 2015
Minggu terakhir pada bulan September ini, saya telah didedahkan satu laman forum di laman web Weebly Komputer Dalam Pendidikan, dimana semua rakan-rakan kursus ini boleh berbincang bersama tentang topik yang dibentangkan oleh para pensyarah. Selain itu, saya juga telah berhasil menghasilkan signature pada laman forum tersebut supaya setiap penglibatan saya dalam sesuatu topik dalam forum dapat dikenal oleh semua ahli dan terutamanya pensyarah yang memantau. Berdasarkan pemerhatian saya, laman forum sebegini adalah satu langkah berkesan dimana ia boleh menggalakkan komunikasi yang aktif antara rakan-rakan kursus dan juga para pensyarah seterusnya dapat saling berkongsi ilmu dan pendapat masing-masing. Secara tidak langsung, buah fikiran antara ahli yang diajukan mungkin dapat mencetus idea yang lebih baik oleh rakan-rakan yang lain. Setelah diperkenalkan tentang laman forum, saya telah memulakan gerak untuk mencari bahan tentang tugasan dua yang telah dipaparkan di Weebly Komputer Dalam Pendidikan. Pada minggu ini, tugasan yang kedua adalah berkaitan tentang Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System LMS) dan Sistem Pengurusan Kursus (Course Management System CMS) dan saya, bersama-sama ahli kumpulan yang lain perlu menghantar laporan tentang LMS dan CMS di laman web Weebly masing-masing. Seperti biasa, bahan-bahan tentang tugasan dan kerangka laporan disimpan di Google Drive dan dikongsi bersama ahli melalui butang share . Kami juga diberi peluang untuk memperbaiki dan menghias laman web Weebly masing-masing serta melengkapkan tugasan yang telah dipaparkan di Weebly kerana ia akan diberikan pemarkahan oleh pensyarah pada waktu yang akan ditetapkan.

REFLEKSI Minggu 3
SELASA, 22 SEPTEMBER 2015
Pada minggu ketiga, saya telah mampu menggunakan Google Drive untuk menyimpan fail, berkongsi sesuatu fail bersama rakan dalam kumpulan dan kami boleh menyunting tugasan yang sama dalam pada waktu yang berlainan. Saya juga telah berhasil menggunakan Google Docs dan beberapa aplikasi yang lain pada Google Drive. Saya juga telah berjaya menghasilkan satu laman web Weebly dengan berpandukan panduan dalam pautan http://hc.weebly.com/hc/en-us/sections/200354313-Beginner-s-Guide-to-Weebly, dengan menyunting laman web tersebut mengikut reka bentuk tersendiri. Dengan adanya laman web Weebly secara individu ini, saya boleh memaparkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, memberikan refleksi dan info-info yang berkaitan pada setiap minggu pada satu laman web khas di Weebly. Saya juga telah didedahkan dengan penggunaan Google Forms.

REFLEKSI Minggu 2
SELASA, 15 SEPTEMBER 2015
Pembelajaran Komputer Dalam Pendidikan telah bermula mengikut pecahan kumpulan dan ditempatkan di makmal komputer yang berasingan pada setiap kumpulan. Saya berada dalam kumpulan SE2, dibimbing oleh pensyarah Cik Mazalah binti Ahmad. Pada permulaan kelas, kami diminta untuk mengisi borang soal selidik tentang info peribadi dan komputer. Seterusnya, kami meneruskan aktiviti secara individu. Saya telah berjaya menghasilkan e mel rasmi (sesuai berurusan bersama pensyarah dan rakan kursus) dan juga berjaya mencipta signature pada setiap e mel yang dihantar. Seterusnya, saya juga mampu menghantar e mel kepada beberapa rakan kursus secara serentak dengan menggunakan butang Cc dan Bcc, serta membalas semula e mel kepada mereka. Selain itu, saya juga berhasil menggunakan butang media untuk memasukkan gambar, pautan, emotikon dan memuatnaik fail ketika mengarang e mel.

REFLEKSI Minggu 1
SELASA, 8 SEPTEMBER 2015
Pada minggu pertama, kesemua pelajar baru ambilan 2015/2016 di Fakulti Pendidikan diberikan penerangan tentang kursus Komputer Dalam Pendidikan oleh Dr. Fariza binti Khalid di Dewan Budiman. Kami juga diterangkan tentang penggunaan iFolio dalam menghantar tugasan, melaksanakan kuiz, berbincang tentang sesuatu topik yang diutarakan oleh para pensyarah secara atas talian sepanjang pembelajaran. Dr. Fariza juga menerangkan tentang penggunaan laman web Weebly dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan.